Siaran Akhbar dan Foto : Radio Televisyen Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 Jun. - Majlis Menandatangani Perjanjian Tajaan Bersama Penaja Best914 Ke-22 diadakan hari ini bertempat di Bangunan Sekretariat, Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei (RTB), di ibu negara.
RTB telah diwakili oleh Pemangku Pengarah, Awang Cheong Chee Keong untuk menandatangani perjanjian berkenaan, manakala syarikat-syarikat penaja, iaitu KFC Brunei Sdn. Bhd., I-Lotus Restaurant, OneCity Management Sdn. Bhd. dan The Rizqun International Hotel diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.
Best914 merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang menampilkan juara bulanan daripada Segmen Vokal, iaitu program nyanyian melalui telefon yang disiarkan setiap Rabu malam di Pelangi FM.
Best914 Ke-22 kali ini mengetengahkan barisan penuh 12 finalis yang terdiri daripada juara bulanan Segmen Vokal sepanjang 2025.
Pertandingan Pentas Akhir Best914 Ke-22 akan bersiaran secara langsung dari OneCity Shopping Centre pada Sabtu, 4 Julai 2026 bermula jam 8.00 malam.
Orang ramai adalah dialu-alukan hadir menyaksikan dan meyokong finalis-finalis yang bertanding.